hai semua...
Time sepi begini, melihat pemandangan hijau di desa kampung halamanku..
Tiba-tiba, aku teringat kembali zaman dulukala aku... time skol dlu2..
time tu. zmn cinta yad yop dlm erti kte lain (cinta monyet)
haha.. mmg lawak bila bace kembali surat2 lama dulu..
antara surat yg menarik+lawak adalah surat dari seorng manusia yg bermula dgn huruf N.
erm..first sekali, sy nk mintak izin la ye..sy nk post surat awk nie.. hehehe
erm.. mula kn dgn bismillah ok..citer nie hnya utk bermesra je tau...
harap terhibur...
picture hanya hiasan semata-mata..
" Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku, dan kehadiranmu itu mengajarku erti rindu.kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol,koridor, kotak pensel, tali kasut, dan pasu bunga. kala itu, kita bagaikan NOBITA DAN SIZUKA. kau dan aku umpama KURT COBBAIN DAN RAFEAH BUANG yg tidak dapt dipisahkn. Malangnya percintaan yg mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yg akhirnya telah mengecewakan seluruh perternak lipan di BURMA. kau pergi jua ketika Kuala lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan Komanwel.Sesungguhnya perpisahan ini berpunca daripada penerbangan pokok getah secara besar-besaran di lembah klang. Permergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan Hepatitis -Q, secara mengejut. Ketiadaanmu memaksaku memakai tali pinggang keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dgn apa yg terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan terhadapku tiada lagi berfungsi tersalahku tersungkur dlm kisah yg berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalananku menjadi gelap gelita bagaikan terperangkap di dlm gua yg gelap ditemani stalasit dan stalamit yg bagaikan sembilu.kondominium yg dibina dari mangga basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sedikit demi sedikit mula berubah sejurus sukan bola sepak PIALA DUNIA berakhir. Sejak itu, kau sering melarikan diri bila terserempak dgn abg iparku. Akhirnya aku menyendari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dgn pokok betik utk mengisi masa lapang, kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agak nmpk lebh cantik. Saban hari, aku termenung di dlm peti sejuk mengenangkan dirimu yg entah ke mane menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil memakan mee hailam utk melupaknmu tetapi aku tidak berdaya, lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah rumah sebagai tanda aku tidak bersalah.Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yg ditimpakan di atas belakangku, derita yg kau timpakan itu adalah bebanan yg terlalu berat utkku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor ank beruk. Dan kini segala harapanku berkecai bagaikan aku terjatuh dari MENARA KUALA LUMPUR dan dihempap oleh MENARA KEMBAR PETRONAS lalu tersangkut dicelah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula dgn KERETAPI KOMUTER hingga hancur berkecai.Kini,segalanya telah pon berakhir,aku sedar siapa aku, aku hanya insan biasa yg sukakn mi segera, aku bukan MC GYRER, MC DONALD'S, SUPERMAN, ATAU SATRIA BAJA HITAM, aku juga bukanlah ULTRAMAN seperti yg kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. tak perlu dikesali lagi kerana nasi yg telah menjadi capati dan tin sardin yg ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.Walaupun segalanya telah berakhir, disini di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akn kembali selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah (SOGO), selagi ada kedai kasut sekitar argentina, selagi kumpulan Metalicca tidak berpecah, aku tetap menunggu walaupun mentari terbelah lapan. Namun aku menyendari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepada kau .. NAK TAK..!!!!"
hahaha... sia-sia je aku baca sampai habis.. papepon.. tahniah ye EN. N..
coz berjaya membuat sy terhibur. kpdA korg semua harap-harap enjoy ok..
nie la crazy letter yg aku pernah terima..
^_^
No comments:
Post a Comment